Sunday, March 29, 2015

Eksperimen Tahun 1

EKSPERIMEN SAINS TAHUN 1 STORYBOARD VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tajuk pengajaran yang menjadi pilihan kumpulan ialah “Tenggelam dan Timbul” dalam sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1. Guru mempamerkan bahan-bahan maujud yang terdapat dalam akuarium untuk memperkenalkan tajuk pengajaran dan pembelajaran sebagai set induksi. Guru menunjukkan objek-objek yang akan digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh objek ialah: bola, syiling, sudu besi, kayu, penyedut minuman dan lain-lain lagi. Guru membimbing murid membuat ramalan tentang sesuatu objek sama ada tenggelam atau timbul menggunakan lembaran kerja dan paparan LCD. Guru melakukan eksperimen dengan diperhatiakan murid untuk mengenalpasti objek yang tenggelam dan timbul. Hasil eksperimen yang dijalankan oleh guru dapat dilihat dengan jelas sama ada sesuatu objek tersebut tenggalam di dalam air atau timbul di atas permukaan air. Ramalan daripada murid disemak bersama guru setelah hasil eksperimen diperolehi untuk mempastikan ketepatan dan membuat pembetulan bagi jawapan yang salah. Guru membuat kesimpulan mengenai tajuk pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan. Objek yang tenggelam dan timbul diasingkan mengikut kumpulan masing-masih untuk diperhatikan oleh murid.

Wednesday, March 18, 2015

Cara haiwan melindungi diri dari musuh Tahun 5 Sains

Pengenalan
Haiwan perlu melindungi diri daripada bahaya, cuaca yang melampau, ancaman musuh,keadaan kering dan angin kencang. Jika tidak haiwan tersebut tidak dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Lama-kelamaan, ia akan mengalami kepupusan.
 
Sifat khas
Contoh haiwan
Bercangkerang keras
Penyu, kura-kura, ketam
Berkuku tajam
Helang, kucing, singa, harimau
Badan bersisik keras
Tenggiling, buaya
Tanduk yang tajam dan keras
Rusa jantan, lembu jantan, kambing jantan
Deria penglihatan yang mempunyai medan yang luas iaitu hampir 360°c atau pendengaran yang tajam
Membolehkan haiwan mengesan musuh dan melarikan diri.
Arnab, ayam, rusa (medan penglihatan yang luas)
Kucing, anjing (pendengaran yang tajam)
Menggulungkan diri
Menggulungkan diri supaya menjadi bebola yang sukar dibuka atau menggulungkan diri dan berpura-pura mati.
Tenggiling, ulat tonggok
Mengeluarkan bau busuk
Bau yang busuk akan menyebabkan musuh lari.
Pepijat, lipas
Mempunyai sengat atau racun berbisa
Sengat atau racun boleh menyakitkan atau membunuh musuh.
Ular, tebuan, lipan, lebah
Penyamaran
Warna atau corak pada badan yang hampir menyerupai keadaan sekeliling.
Sumpah-sumpah, kuda belang, beluncas
Menyorok
Menyembunyikan diri dalam cangkerang atau lubang supaya tidak dikelihatan oleh musuh.
Siput babi
 

Friday, March 13, 2015

Kemahiran memerhati

Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena

Tuesday, March 10, 2015

Kemahiran membuat hipotesis

Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.

Tuesday, March 3, 2015

Kemahiran proses sains

Kemahiran proses sains (KPS) membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem. Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains adalah seperti : 1. Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. 2. Mengelaskan Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama. 3. Mengukur menggunakan nombor Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. 4. Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. 5. Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data. 6. Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model. 7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan masa. 8. Mentafsirkan data Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan. 9. Mendefinisikan secara operasi Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. 10. Mengawal pemboleh ubah Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan. 11. Membuat hipotesis Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya. 12. Mengeksperimen Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu. Sumber: Spesifikasi Kurikulum Sains Tahun 4, Bahagian Perkembangan Kurikulum, KPM 2012 http://www.moe.gov.my/bpk/index.php