Pengenalan
Haiwan
perlu melindungi diri daripada bahaya, cuaca yang melampau, ancaman
musuh,keadaan kering dan angin kencang. Jika tidak haiwan tersebut tidak
dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Lama-kelamaan, ia akan
mengalami kepupusan.
Sifat
khas
|
Contoh
haiwan
|
|
Bercangkerang keras
|
Penyu, kura-kura, ketam
|
|
Berkuku tajam
|
Helang, kucing, singa, harimau
|
|
Badan bersisik keras
|
Tenggiling, buaya
|
|
Tanduk yang tajam dan keras
|
Rusa jantan, lembu jantan, kambing jantan
|
|
Deria penglihatan yang mempunyai medan yang luas iaitu hampir 360°c
atau pendengaran yang tajam
Membolehkan haiwan mengesan musuh dan melarikan diri.
|
Arnab, ayam, rusa (medan penglihatan yang luas)
Kucing, anjing (pendengaran yang tajam)
|
|
Menggulungkan diri
Menggulungkan diri supaya menjadi bebola yang sukar dibuka atau
menggulungkan diri dan berpura-pura mati.
|
Tenggiling, ulat tonggok
|
|
Mengeluarkan bau busuk
Bau yang busuk akan menyebabkan musuh lari.
|
Pepijat, lipas
|
|
Mempunyai sengat atau racun berbisa
Sengat atau racun boleh menyakitkan atau membunuh musuh.
|
Ular, tebuan, lipan, lebah
|
|
Penyamaran
Warna atau corak pada badan yang hampir menyerupai keadaan sekeliling.
|
Sumpah-sumpah, kuda belang, beluncas
|
|
Menyorok
Menyembunyikan diri dalam cangkerang atau lubang supaya tidak
dikelihatan oleh musuh.
|
Siput babi
|

No comments:
Post a Comment